
Banjir: Mangsa di Melaka hanya tinggal 37 orang
AYER KEROH 24 Dis – Mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada hanya 37 orang setakat jam 8 malam ini, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan 29 mangsa di daerah Jasin dan lapan di Alor Gajah.
Katanya, kesemua mereka ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di Jasin.
Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas dengan banjir iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China dan Taman Seri Bayu.
Ia turut melibatkan Kampung Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam.
Manakala di Jasin pula, membabitkan Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Batu 16 Jasin dan Tehel.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUYONG SASAR JADI DUN PERTAMA LENGKAPKAN PROSES KAMPUNG DIGITAL
DUYONG 15 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, berpotensi menjadi kawasan pertama di Negeri Melaka yang berjaya melengkapkan sepenuhnya...
PENDUDUK KAMPUNG SIMPANG SEMABOK PUJI INISIATIF KAMPUNG DIGITAL
DUYONG 15 Julai - Penduduk Kampung Simpang Semabok menyambut baik pelaksanaan inisiatif Kampung Digital yang diyakini mampu memudahkan dan melancarkan...
EMPAT RUMAH DI DUYONG TERIMA MANFAAT ‘BANDARAYA PENYAYANG’ MBMB
DUYONG 15 Julai – Sebanyak empat buah rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal menerima manfaat baik pulih...
BOM LAMA DITEMUI DI KEBUN SAWIT FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 14 Julai – Sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) seberat 500 paun (226.7 kilogram) ditemui di kebun kelapa...
POLIS RAMPAS DADAH RM3.55 JUTA, TAHAN TIGA INDIVIDU TERMASUK DUA WANITA VIETNAM
JOHOR BAHRU 14 Julai - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai...
MELAKA SAMBUT BAIK PENYELARASAN DASAR, PEMBANGUNAN NEGERI
AYER KEROH 14 Julai - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha penyelarasan dasar dan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri....