Banjir: Melaka contoh negeri prihatin – Mohd Shahar

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUANTAN 25 Dis – Keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka dalam menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang mendapat pujian Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, sifat terpuji itu dizahirkan hasil kepimpinan Ketua Menteri Melaka yang berjiwa rakyat dan sentiasa cakna terhadap segala masalah yang berlaku terhadap negeri-negeri jiran.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 menyeru, negeri-negeri lain agar menjadikan Melaka sebagai contoh terbaik dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan tanpa mengira sempadan.

“Sesungguhnya, inilah kerajaan negeri yang sentiasa prihatin terhadap nasib jiran tetangga yang berada dalam kesusahan apabila dilanda musibah banjir besar, baru-baru ini.

“Jadi, apa yang dilakukan Melaka ini akan kita jadikan panduan dalam turut sama menghulur bantuan kepada negeri-negeri lain jika ada yang terkesan dengan pelbagai masalah lain selepas ini.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan semua yang membantu menghulurkan sunbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui Melaka Hari Ini di Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Panching Selatan, di sini, hari ini selepas hadir menerima sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM80,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Mengulas mengenai situasi banjir di kawasan Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar berkata, bencana kali ini disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku.

Katanya, seramai hampir 4,000 penduduk di kawasan kampung dan taman perumahan yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan keluarga B-40 terjejas dek bah yang melanda itu.

“Diharap bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post Banjir: Melaka sedia teruskan misi bantuan banjir
Next post Banjir: ATM tambah anggota bersihkan rumah ibadat, sekolah
Ubah saiz-+=