
Banjir: Tiga sungai di Melaka lepasi paras bahaya
MELAKA 3 Jan – Tiga sungai di Melaka kini melepasi paras bahaya setakat jam 7 pagi tadi, kata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.
JPS dalam satu kenyataan memaklumkan tiga sungai itu ialah Sungai Melaka di Batu Hampar Melaka Tengah, Sungai Melaka di Melaka Pindah Alor Gajah dan Sungai Kesang di Telok Rimba Jasin.
Bacaan paras air Sungai Melaka di Batu Hampar ialah 2.89 meter pagi tadi, yang mana ia sedikit menurun, namun masih melepasi aras bahaya 2 meter yang ditetapkan.
Manakala di Sungai Melaka di Melaka Pindah pula menunjukkan bacaan menaik 12.90 meter melepasi aras bahaya 11.90 meter.
Turut menunjukkan bacaan paras air menaik ialah di Sungai Kesang di Telok Rimba yang kini berada pada aras bacaan 3.75 meter.
Selain itu, Cheng D/S dan Cheng U/S turut diletakkan tanda amaran dan waspada oleh JPS dengan masing-masing merekodkan bacaan 2.69 meter dan 2.59 meter setakat pagi tadi.
Bagaimanapun bacaan kedua-dua lokasi itu menunjukkan penurunan berbanding semalam.
Setakat hari ini, cuaca di Melaka kelihatan mendung, namun difahamkan tiada hujan turun di kebanyakan tempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
