Bantu nelayan miliki lesen bot pelancong sah
AYER LIMAU 2 September – 20 nelayan darat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dipelawa untuk mengikuti kursus pengendalian bot pelancong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, usaha itu bagi memastikan operator bot mempunyai lesen sah selain sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan lagi sektor eko pelancongan di DUN berkenaan.
Katanya, rundingan sedang dijalankan dengan beberapa pihak bagi mendapatkan bantuan tenaga pengajar termasuk dari Langkawi, Kedah dan Jabatan Laut Malaysia.
“Paya Lebar dan Lubok China khususnya banyak lokasi menarik, namun nelayan membawa pelancong tidak mempunyai lesen dan menggunakan bot sendiri untuk perkhidmatan itu.
“Lesen bot pelancong amat penting, bukan sahaja mengiktiraf operator bertauliah sebaliknya tahu aspek keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penyerahan Bantuan Bencana Banjir kepada Nelayan Darat Negeri Melaka di Kompleks Japerun Ayer Limau, di sini, hari ini.
“Difahamkan kos bagi seorang peserta sekitar RM1,500. Tawaran dibuka kepada nelayan berpangkalan di Paya Lebar, Tebing Urut, Ramuan China Kechil dan Teluk Berembang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...