
Bapa ditahan kes bayi terkena minyak panas
DUYONG 11 Feb – Bapa kepada bayi perempuan yang dipercayai terkena minyak panas susulan pergaduhannya bersama isteri ditahan di sebuah rumah di Semabok Dalam, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, anggota polis di Balai Polis Kandang menerima maklumat orang awam memaklumkan pergaduhan antara suspek berusia 24 tahun dan isterinya berusia 22 tahun di lokasi kejadian pada jam 6.30 petang.
Katanya, laporan awal diterima turut mendapati bayi pasangan itu berusia empat bulan terkena curahan minyak panas ketika pergaduhan itu berlaku.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku bayinya terkena minyak panas.
“Bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Melaka dan kes itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Terdahulu, insiden malang itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Setakat jam 8 malam, hantaran itu telah mendapat lebih 200 tanda suka, 51 komen dan tiga perkongsian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF ANGKAT SUMPAH KETUA MENTERI MELAKA
AYER KEROH 15 November - Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...
AB RAUF HARGAI PERANAN MEDIA BANTU CALON PRN MELAKA
AYER KEROH 15 November - Sumbangan dan komitmen pasukan media yang membantu memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan...
KISAH KOMUNITI JAWA PERLU DIANGKAT DALAM SEJARAH MELAKA
BANDA HILIR 15 November - Sejarah dan sumbangan masyarakat Jawa dalam membentuk landskap budaya Melaka perlu didokumentasikan bagi memastikan warisan...
DR. MOHD YADZIL PERTAHAN BEMBAN, MENANG DENGAN MAJORITI 7,741
AYER KEROH 15 November - Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd Yadzil Yaakub mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban...
AB RAUF DIJANGKA ANGKAT SUMPAH KETUA MENTERI HARI INI
SERI NEGERI 15 November - Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi...
PRN MELAKA: BN-PN MENANG 24 KERUSI DUN, PEROLEH MAJORITI DUA PERTIGA – SPR
AYER KEROH 14 November - Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan...
