Bas percuma Panorama diperluas seluruh negeri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 11 Mac – Perkhidmatan bas percuma Panorama di bawah Program Bas Penyayang akan diperluaskan ke seluruh negeri melalui 29 laluan bas henti-henti
untuk golongan sasar seperti orang kurang upaya (OKU), asnaf dan warga emas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, turut mendapat manfaat sama adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan setengah harga bagi pelajar sekolah.

Kemudahan itu juga katanya adalah sebahagian daripada 40 titik sentuh yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 Negeri Melaka Disember tahun lalu di bawah
Insentif Kebajikan Rakyat.

“Walaubagaimanapun, business model (model perniagaan) yang diperkenalkan dan diadaptasi menunjukkan terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki dan dinaik taraf.

“Ini kerana dengan nilai peruntukan yang disediakan melebihi RM1 juta, ia hanya meliputi tiga laluan sahaja sebelum ini di mana laluan tersebut sepatutnya menjadi laluan profit kepada PMSB (Panorama Melaka Sdn Bhd),” katanya pada sidang media khas hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu kajian telah dibuat dan satu cadangan penambahbaikan bakal dilakukan dengan nilai peruntukan yang lebih rendah namun akan meliputi laluan keseluruh Melaka.

“Faedah ini akan dapat dirasai bagi semua golongan di seluruh negeri dengan nilai yang diperuntukan berbaloi dan amat sesuai kepada kumpulan sasar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post ‘Kita akan libatkan SPRM’ – Sulaiman
Next post Simbah petrol, bakar rakan hidup-hidup
Ubah saiz-+=