
Bas terbalik di lebuh raya: Dua maut, 13 cedera
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar 8 pagi tadi.
Beliau berkata kemalangan berlaku ketika bas persiaran yang membawa 20 penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
“Pemandu bas dan seorang wanita mengalami cedera parah manakala 11 lagi dilaporkan cedera, lima mangsa lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya mangsa yang maut dan semua yang cedera telah dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, beliau memaklumkan tiada mangsa yang tertindih di bawah bas seperti yang tular dalam rakaman video.
Kesesakan lalu lintas beberapa kilometer turut dilaporkan berlaku akibat kemalangan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KPDN MELAKA BONGKAR TAKTIK BAHARU, RUMAH JADI ‘PORT’ SELEWENG MINYAK
PAYA RUMPUT 9 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka membongkar taktik baharu penyelewengan minyak...
‘INGAT DOKTOR GIGI, INGAT TULEN DENTAL’
KESIDANG 9 Oktober - 'Ingat hari jadi, ingat doktor gigi' menjadi pesanan Klinik Pergigian Tulen atau Tulen Dental kepada orang...
JEREBU: SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA MELAKA DITANGGUHKAN
AYER KEROH 9 Oktober – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan...
HAMPIRI USIA SEABAD, KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN MELAKA KEKAL DI PUNCAK
BANDA HILIR 9 Oktober - Hampir mencecah usia satu abad, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad terus mengekalkan peranan sebagai...
SEKTOR KOPERASI SASAR LONJAK PENDAPATAN RM100 BILION TAHUN INI
BANDA HILIR 9 Oktober - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan pendapatan sektor koperasi meningkat kepada RM100 bilion tahun ini, berbanding...
BERMALAM DI MUZIUM: PELAJAR JADI KURATOR, SELONGKAR RAHSIA WARISAN
DUYONG 9 Oktober - Bukan sekadar bermalam dan meneroka ruang pameran, 79 pelajar daripada dua sekolah menengah di Melaka berpeluang...

