Bawa pelaburan besar, cipta peluang pekerjaan berkualiti

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 9 November – Menarik pelaburan besar untuk mencipta peluang pekerjaan berkualiti antara perkara yang menarik perhatian calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Katanya, perkara itu sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan yang menarik dan berkualiti kepada anak tempatan dengan menawarkan tangga gaji yang lebih baik.

Jelasnya, ia juga dapat mengurangkan peratusan anak tempatan keluar bekerja di tempat lain.

“Saya melihat kawasan industri antara tempat banyak anak muda mendapat pekerjaan, jadi sekiranya diberi mandat, saya akan menarik pelaburan syarikat besar ke sini (Hang Tuah Jaya) untuk meluaskan peluang.

C3E040B3-6C51-4A1B-BB0E-318C79D1EBD7
Calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya (P.137), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengadakan sidang akhbar selepas berkempen di tapak pasar malam Duyong, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Dengan peranan itu (sebagai Ahli Parlimen), saya akan pastikan anak-anak muda mendapat kerja dengan posisi-posisi yang bagus tanpa perlu keluar dari sini (Melaka) dengan pendapatan yang tinggi.

“Industri baru perlu ditekankan pelaburannya mesti datang dari syarikat-syarikat gergasi supaya tawaran terhadap graduan tempatan lebih berkualiti untuk menjamin tangga gaji yang lebih baik untuk tarik minat anak muda setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Walkabout di Pasar Malam Duyong di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1479
Kongsi :
Previous post Terima kasih bantu kami – ‘Abang rider’
Next post Elak jadi wakil rakyat ‘mi segera’
Ubah saiz-+=