Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 mulai 6 September – PM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 1 Sept – Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 akan mula dikreditkan dalam akaun pengguna mulai 6 September (Isnin) ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada 10 September 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu.

JADUAL 1 bagi pembayaran BKC.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September ini. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat, di sini hari ini.

Jelasnya, BKC merupakan sebahagian inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Pada 28 Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

752
Kongsi :
Previous post ‘Wajib menang jika mahu selamat’ – Zainal
Next post Mesyuarat pertama Kabinet fokus status terkini jangkitan COVID
Ubah saiz-+=