
BAYI DITEMUKAN DALAM KOTAK DI PENDANG
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Roslan Mat berkata pihaknya menerima laporan awam pada 8.08 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam kotak di premis berkenaan.
“Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi berkenaan masih dalam keadaan bertali pusat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang dari 12 jam dan dibalut dengan kain pelekat di dalam kotak dan ditinggalkan di hadapan premis yang tiada penghuni.
“Bayi itu dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran. Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pendang untuk menerima rawatan dan disahkan dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Beliau seterusnya berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Affendi Mohd Yunus di talian 04-7596222 bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
