
Bayi perempuan tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.
“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: DISANGKA DEMAM BIASA, RUPANYA KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Disangka sekadar demam biasa, namun simptom menggigil kesejukan yang dialami rupa-rupanya petanda kepada penyakit kanser darah...
WRUR ASAHAN: KETUA MENTERI SANJUNG JASA PESARA POLIS
ASAHAN 8 April - Payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus...
DR AKMAL KEKAL EXCO MELAKA, PELETAKAN JAWATAN DITOLAK – AB RAUF
JASIN 8 April - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan beliau menolak peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad...
PEMBENIHAN AWAN DI MELAKA DALAM MASA TERDEKAT – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Melaka dijangka melaksanakan operasi pembenihan awan dalam masa terdekat sebagai langkah proaktif meningkatkan kadar hujan bagi...
WRUR ASAHAN: DOA KETUA MENTERI BERI SEMANGAT BILAL LAWAN KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Titipan doa daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagai memberi semangat baharu kepada...
EMPANGAN JUS MAMPU BERTAHAN HINGGA NOVEMBER – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Bekalan air di Empangan Jus dijangka mampu bertahan sehingga November ini sekiranya keadaan cuaca kering berterusan,...
