Bayi ‘pertama TAFF’ ambil kesempatan swafoto bersama Agong

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Tiga beranak sanggup datang ke bazar Ramadan Peringgit demi mencuba nasib untuk berswafoto bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

C Venggadesen, 59, berkata dia teruja sebaik mengetahui Seri Paduka baginda berdua berangkat ke bazar Ramadan Peringgit.

Dia membawa isteri, V Santhy, 54, serta anak lelakinya, Jaden Samuel Dessen, 16 yang merupakan bayi pertama menggunakan kaedah rawatan kesuburan persenyawaan tabung uji (IVF) menerusi Yayasan Fertiliti Tuanku Azizah (TAFF).

Katanya, hampir setiap tahun keluarga TAFF akan berkumpul untuk beramah mesra dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah namun terpaksa ditangguhkan selama dua tahun akibat penularan wabak COVID-19.

“Sudah lama ‘family’ TAFF tidak berkumpul bersama-sama jadi kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan Raja Permasuri Agong,” katanya.

Mengulas lanjut dia berkata, selain berswafoto, Raja Permaisuri Agong sempat bertanyakan perkembangan Jaden selepas 16 tahun dilahirkan.

“Kami maklumkan kepada Tuanku Azizah, Jaden adalah ‘bayi pertama TAFF’ dan Tuanku ada bertanyakan kesihatan anak kami, Jaden,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1329
Kongsi :
Previous post Syukur rumah dimakan anai-anai diganti baharu
Next post Suruhanjaya Koperasi Malaysia santuni anak asnaf
Ubah saiz-+=