Beberapa projek babitkan jalan Persekutuan di Melaka giat dinaik taraf

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Beberapa projek menaik taraf struktur jalan sepanjang jalan Persekutuan di negeri ini sedang giat dibangunkan sehingga tahun hadapan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur, Datuk Rahmad Mariman berkata, jalan Persekutuan sepanjang 69.94 kilometer membabitkan ketiga-tiga daerah di Melaka menerima perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan menurap semula jalan yang rosak.

Jelasnya, antara lokasi terlibat di negeri ini seperti di Jalan Kampung Lereh menuju ke Tangga Batu kini giat dibangunkan di kawasan itu dengan jangkaan akan diselesaikan pada tahun hadapan.

“Menerusi ‘Periodic Maintenance Work’ (kerja penyelenggaraan berkala) dalam kontrak ‘Perfomance Best Contract’ (PBC) kerja-kerja penurapan semula jalan akan diprogramkan pada tahun hadapan setelah kerja-kerja pengorekan paip yang dijalankan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) giat dibangunkan dengan jangkaan akan siap pada Februari 2023.

“Kerja-kerja penurapan semula jalan sepanjang 7 km ini berjumlah RM2.8 juta membabitkan ketiga-tiga daerah di Melaka.

“Pelbagai lokasi lain sedang dinaik taraf di sepanjang jalan yang menghubungkan dari Sungai Rambai ke Jambatan Rembau, Negeri Sembilan di sempadan Lubok China antaranya jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Pernu, Stesen minyak BHP Telok Mas, Sekolah Menengah Agama (SMA) Sharifah Rodziah serta pelbagai lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2101
Kongsi :
Previous post Warga emas di Melaka tidak terpinggir – Exco
Next post Melaka terima pelaburan RM7.233 bilion hasil lawatan ke luar negara
Ubah saiz-+=