Melaka terima pelaburan RM7.233 bilion hasil lawatan ke luar negara

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 14 Disember – Kerajaan Negeri memperoleh nilai pelaburan sejumlah RM7.233 bilion hasil lawatan ke beberapa negara luar bagi potensi pelaburan perniagaan di negeri ini.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata daripada jumlah itu sebanyak RM6.193 bilion pelaburan diperoleh menerusi World Expo Dubai United Arab Emirates 2020 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac lalu.

“Selain itu lawatan rasmi Kerajaan Negeri mengiringi Yang di-Pertua Negeri ke Bosnia dan Herzegovina serta Switzerland juga menerima potensi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM210 juta daripada dua syarikat berpengkalan di Switzerland.

“Ia meliputi cadangan pembesaran kilang Givaudan International di Ayer Keroh dan cadangan pembinaan kilang Audemars Microtec di Taman Industri Angkasa Nuri.

“Diikuti lawatan ke Singapura terdapat dua syarikat dari Singapura yang berminat untuk mengembangkan dan membina kilang di Negeri Melaka dengan anggaran pelaburan sebanyak RM830 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab solan lisan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) mengenai senarai pelaburan luar negara dan hasil pelaburan diterima Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2607
Kongsi :
Previous post Beberapa projek babitkan jalan Persekutuan di Melaka giat dinaik taraf
Next post Bina sekolah menengah baharu, elak kepadatan pelajar DUN Durian Tunggal
Ubah saiz-+=