
Bekas Exco negeri Pulau Pinang keluar DAP
GEORGE TOWN, 18 Jan – DAP Pulau Pinang hari ini menerima surat keluar parti daripada bekas exco negeri, Datuk Danny Law Heng Kiang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berkata parti itu menghormati keputusan Law dan mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau selama bersama DAP.
Sementara itu Law ketika dihubungi Bernama bagi menjelaskan tindakannya itu hanya berkata: “Sudah cukup 35 tahun bersama DAP, dan kini sedang mencari hala tuju baharu”.
Mengenai spekulasi kemungkinan beliau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang perpangkalan di Sabah, Law berkata: “times will tell”.
Pada Pilihan raya umum 2008, Law menang dalam pertandingan di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Lancang, Pulau Pinang dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
Law, 61, telah mula aktif dalam politik selepas menyertai DAP pada tahun 1986.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF PERKASA USAHAWAN, PENJAJA KECIL AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dizahirkan apabila Ketua Menteri...
SENYUMAN, HARAPAN, KISAH RAKYAT WARNAI JELAJAH KETUA MENTERI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos - Senyuman rakyat yang menerima khabar gembira memberikan makna besar buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
TOK RAUF TAK PERNAH TUTUP BUKU, SENTIASA IKHTIAR SELESAI MASALAH RAKYAT
AYER MOLEK 4 Ogos - Setiap isu atau permasalahan belum selesai yang direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBELIAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG MUSAI DIJANGKA SELESAI TIDAK LAMA LAGI
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Kesudian individu berketurunan Cina, menjual tanah miliknya bagi tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Musai pada...
ZIARAH KASIH BAWA BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT
PAYA RUMPUT 4 Ogos - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti sebagai medium terbaik dalam mengenal pasti rakyat yang...
TOK RAUF HADIR BAWA SINAR BUAT WARGA PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa makna besar buat segenap lapisan masyarakat di Dewan Undangan...
