Bekas SUK Melaka dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 2 Mac – Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

UTeM menerusi satu pemakluman mengucapkan tahniah atas pelantikan Hasim yang dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pelantikan itu juga selaras dengan Seksyen 17(1)(a) Perlembagaan UTeM untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac 2022 hingga 28 Feb 2025.

Hasim mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1 Jan 1989 sebagai Penolong Pegawai Daerah (Tanah) di Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, Negeri Sembilan.

Kerjayanya terus memuncak sehingga memegang jawatan Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pada November 2012.

Beliau kemudian dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 1 Februari 2019 sebelum bersara secara rasmi pada 29 Julai 2021.

Hasim dilahirkan pada 30 Julai 1961, sebelum berkahwin dengan Datin Seri Zarina Mohd Yusoff adalah lulusan Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah.

Beliau turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Sains Politik) di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor serta Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Antara pingat atau darjah kebesaran adalah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP), Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1625
Kongsi :
Previous post Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu
Next post Banjir makin pulih, penduduk di Kemaman mulakan kerja pembersihan
Ubah saiz-+=