Banjir makin pulih, penduduk di Kemaman mulakan kerja pembersihan

Masa Membaca:53 Saat

KEMAMAN, 2 Mac – Penduduk di sekitar Chukai di sini telah memulakan kerja-kerja pembersihan di kediaman masing-masing hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin surut.

Muda Awang, 78, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Pandan berkata dia yang dibantu anaknya telah mula mencuci kediamannya sejak pagi tadi.

“Nasib baik ada anak dan cucu datang tolong kemas-kemas, kalau tidak, payahlah,” katanya ketika ditemui Bernama.

Muda juga bersyukur apabila turut dibantu sekumpulan anggota polis yang terlibat dalam operasi membersihkan rumah penduduk terlibat banjir di daerah ini.

Difahamkan pasukan terbabit adalah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman bersama Batalion Ketujuh Pasukan Gerakan Am dari Kuantan, Pahang.

Sementara itu tinjauan Bernama di Bandar Baru Bukit Mentok dekat sini juga mendapati kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan walaupun banjir belum surut sepenuhnya.

Menurut Lim Hong Mee, 46, kerja pembersihan harus dimulakan dari sekarang bagi mengelakkan selut atau lumpur mengeras yang akan menyukarkan lagi pembersihan.

“Barang pun tak banyak rosak sebab kami sudah bersedia dan letakkan di tempat yang tinggi,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1012
Kongsi :
Previous post Bekas SUK Melaka dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM
Next post i-Citra: Najib gesa lulus, Tajuddin mohon hormati keputusan kabinet
Ubah saiz-+=