
Belanjawan 2021: Kerajaan peruntuk RM1 bilion bendung gelombang ketiga COVID-19
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19 pada tahun hadapan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, beliau berkata peruntukan itu akan merangkumi RM475 juta bagi pembelian reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya peruntukan itu juga merangkumi RM318 juta bagi penyediaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan cecair sanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan KKM dan sebanyak RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencara Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19.
Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntuk bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.
Beliau berkata peruntukan itu juga merangkumi untuk tujuan menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, pekhidmatan secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF ZIARAH PESAKIT ANGIN AHMAR TERLANTAR
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi Program Ziarah Kasih pada siri Jelajah...
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
