
Belanjawan 2023: RM50 juta untuk Melaka, Pulau Pinang pulihara tapak warisan dunia
KUALA LUMPUR 24 Februari – Kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM50 juta dalam pemuliharaan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Dalam pada itu, beliau berkata, Khazanah Nasional Bhd akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.
Menurutnya, ia termasuk usaha pembangunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara dengan kerjasama syarikat ThinkCity.
“Syarikat ThinkCity juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil bahagian dalam usaha memaknakan semula kehidupan di pusat bandar melalui projek pengindahan lokasi tumpuan serta mengankat potensi aset bersejarah dan kebudayaan.
“Sejumlah RM30 juta disediakan antaranya juga untuk meningkatkan daya hinu perumahan awam di Kuala Lumpur,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
