Berbelanja saat akhir, jualan bazar Aidilfitri memberangsangkan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 April – Bazar Jalan Hang Tuah yang memasuki tahun ketiga penganjurannya berjaya mengutip hasil jualan melebihi RM4.2 juta, sehingga malam tadi.

Penganjur Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab), Mohd Fikri Ali berkata dia percaya penganjuran pada tahun ini dapat melebihi sasaran dengan nilai jualan RM5 juta.

Katanya, meskipun keadaan ekonomi tidak menentu namun orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli persiapan raya yang berbaki kurang lima hari lagi.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan seramai 156 peniaga di bawah Melgrab merekodkan jualan yang memberangsangkan selepas pelbagai promosi dilakukan.

“Sambutan diterima oleh peniaga dan pengunjung amat mengagumkan, kerana hampir-hanpir nak raya ini pengunjung terus membanjiri bazar ini sehingga pukul tiga pagi untuk beli-belah. 

“Sejak awal Ramadan sehingga hari ini Ramadan ini, jumlah kutipan hasil jualan melebihi RM 4.2 juta dengan jumlah pengunjung yang direkodkan seramai 2.5 juta setakat malam tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Bazar Melgrab, Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Img 9068
Penganjur Melaka Grand Ramadan Bazar (MELGRAB), Muhammad Fikri Mohd Ali ditemui pada Majlis Perasmian Melaka Grand Ramadan Bazar (MELGRAB) 2024 di Jalan Hang Tuah, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Mohd Fikri berkata pelbagai aktiviti telah dijalankan lihaknya untuk menarik pengunjung untuk kekal hadir ke bazar tersebut.

“Sebagai contoh kutipan derma Tabung Solidariti Palestin yang pertama kali diadakan di bazar ini sehingga mencecah RM10,000 dan ia telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)  untuk diuruskan.

“Dan bersyukur juga sebanyak tiga madrasah telah dipilih untuk terima sumbangan bernilai RM15,000 secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir merasmikan Pelancaran Bazar Melgrab di sini malam tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Next post ‘Sembang Santai’ bersama Ustaz Syamsul Debat
Ubah saiz-+=