
‘Sembang Santai’ bersama Ustaz Syamsul Debat
AYER KEROH 7 April – Bagi memperoleh manfaat dan ilmu menjelang Syawal, Hotel MITC menyajikan Majlis Iftar dan Sembang Santai Bersama Ustaz Syamsul Debat.
Program sembang santai yang berkonsepkan tazkirah ringkas itu dihadiri kira-kira 300 pengunjung termasuk sekumpulan pengunjung daripada Singapura.
Sembang santai yang bermula jam 5.30 petang itu turut dikongsikan secara langsung menerusi platform Facebook Ustaz Syamsul Debat.
Perkongsian mengenai amalan penghujung Ramadan; persiapan menjelang Aidilfitri dan adab-adab menziarahi antara yang ditekankan penceramah bebas yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Di samping itu, tetamu juga berpeluang berbuka puasa bersama figura itu dengan pelbagai hidangan Sajian Masakan Tradisi Melayu Pilihan Chef Rahim di hotel tersebut.
Aspek keselesaan bagi para tetamu dalam menjalankan ibadah di bulan mulia turut disediakan dimana surau yang lengkap buat lelaki dan perempuan menunaikan solat Maghrib turut disediakan.
Untuk rekod, Hotel MITC menyediakan bufet berbuka puasa sejak 13 Mac hingga 8 April dengan lebih 180 sajian tradisional dan antarabangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RANCAKKAN AKTIVITI UNTUK ANAK MUDA
MACHAP JAYA 3 Jun - Program-program untuk anak muda akan terus dirancakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai...
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
WRUR BANDA HILIR: SENTUHAN MESRA MBMB CERIAKAN LIMA KELUARGA
BANDA HILIR 3 Jun - Senyuman terukir pada wajah lima keluarga kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir...
KEUNIKAN MELAKA ‘PIKAT’ PELAJAR SAMBUNG PENGAJIAN DI UNIMEL
KUALA LINGGI 3 Jun - Kepelbagaian seni, warisan, budaya dan sikap peramah orang Melaka antara faktor yang 'memikat' pelajar luar...
RIDER PENGHANTAR MAKANAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS SEBULAN KEMALANGAN
JASIN 3 Jun – Seorang rider p-hailing yang bertarung nyawa sejak sebulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu...
REMPEYEK KUACI ISTIMEWA KUALA SUNGGA
MACHAP JAYA 3 Jun - Bermula secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Solok Batu Dinding, Kuala Sungga hampir 10 tahun...
