
Bertam Ulu FC juara Divisyen 2 Liga Melaka
PASUKAN Bertam Ulu FC muncul juara Liga Melaka Divisyen 2 selepas menewaskan Duyong Fighters 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, 31 Julai lalu.
Pada aksi yang mendebarkan itu, Bertam Ulu FC membolosi jaring lawan seawal minit ke-3 permainan menerusi Muhammad Iderus Ali.
Namun Duyong Fighters FC bangkit berjaya bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit selepas itu menerusi sepakan Muhammad Fikri Johari.
Keputusan 1-1 itu bagaimanapun kekal sehingga tamat separuh masa pertama meskipun Bertam Ulu FC mendominasi perlawanan dengan kawalan 60 peratus.
Bersambung di babak kedua, Bertam Ulu FC berjaya di depan hasil jaringan Muhaimad Suhairy Jefri pada minit ke-60 dan Muhammad Haziq Othman pada minit ke-74.
Walaupun Duyong Fighters FC cuba untuk bangkit di minit akhir perlawanan menerusi jaringan Muhammad Fikri Johari, namun ia tidak cukup untuk menyekat kemenangan Bertam Ulu FC.
Selaku johan, Bertam Ulu FC membawa pulang hadiah kemenangan RM8,000 berserta piala manakala Duyong Fighters membawa pulang RM5,000 selaku naib johan.
Tempat ketiga pula disandang Bara FC dan Durian Tunggal United yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,500.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
