Sorting by

×

Bina jalan ladang dan turap jalan dengan kos RM 70,000

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER MOLEK 16 Jun – Kira-kira 600 meter jalan ladang di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang dalam proses dijadikan jalan perhubungan desa ke Kampung Paya Dalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman berkata kerja-kerja menaiktaraf jalan ladang tersebut sedang giat dilakukan sejak 13 Jun lalu.

Katanya, jalan ladang tersebut mendapat peruntukkan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM 70,000.

“Kira-kira tiga minggu akan siap jalan ladang ini. Jalan ini bagi memudahkan kenderaan berat seperti lori keluar masuk dan akan dijadikan jalan alternatif penduduk dari Kampung Balik Bukit ke Kampung Paya Dalam dan sebaliknya.

“Selain itu, dengan peruntukkan yang sama, Jalan Siang Hussin 2, dengan jarak kira-kira 500 meter akan dinaik taraf dengan melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Hadir sama dalam lawatan projek jalan ladang itu semalam adalah wakil dari JPS, wakil kontraktor dan Setiausaha JAPERUN, Abdul Razak Moideen.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Azkar Haron dan Penghulu DUN Ayer Molek Roslan Yusof.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, jalan alternatif itu tidak diturap kerana terdapat pelbagai pembangunan yang akan dibina di kawasan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3300
Kongsi :
Previous post Pemergian Cuthbert kehilangan besar buat APM
Next post Uptown Simpang Walk sahut seruan Melaka Bebas Berniaga
Ubah saiz-+=