Uptown Simpang Walk sahut seruan Melaka Bebas Berniaga

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MASJID TANAH 16 Jun – Uptown Simpang Walk Bandar Masjid Tanah kini telah dibuka mulai 9 Jun lalu bagi memperkasa ekonomi peniaga kecil di Masjid Tanah.

Presiden Persatuan Peniaga Melayu Masjid Tanah (PPMMT), Eddie Nazrin Othman berkata, sebanyak 101 tapak gerai dibuka buat peniaga kecil melayu di kawasan itu sekali gus menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam misi Melaka Bebas Berniaga.

Beliau berkata, perkara itu juga dapat membantu peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 membuka peluang perniagaan bagi menjana pendapatan.

“Setakat ini sebanyak 85 peniaga telah berdaftar di kawasan ini dan kami masih membukanya buat mana mana peniaga yang berminat untuk beroperasi di lokasi Bazar Aidilfitri yang lalu di mana ia terletak Taman Bandar Baru Masjid Tanah.

“Bazar sepanjang kira-kira 150 meter ini akan beroperasi sepanjang tahun bermula Khamis hingga Sabtu dari jam 6 petang hingga 1 pagi.

“Ia akan dipisahkan menerusi beberapa zon iaitu barangan jualan makanan, pakaian, kosmetik, bahan kering, tudung, aksesori dan sebagainya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada masa sama, Eddie berkata kesemua peniaga dikawasan itu juga turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila penganjur PPMMT menawarkan perniagaan percuma selama dua bulan di kawasan itu.

“Kita berikan mereka berniaga secara percuma sepanjang Jun dan Julai ini bagi memberi semangat mereka untuk menjana pendapatan.

“Kawasan ini begitu strategik untuk menarik ramai pengunjung malah harga sewaan juga berpatutan apabila hanya RM280 sebulan buat satu tapak ditawarkan buat mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1621
Kongsi :
Previous post Bina jalan ladang dan turap jalan dengan kos RM 70,000
Next post 11 anak-anak Duyong terima bantuan sekolah TAPEM
Ubah saiz-+=