11 anak-anak Duyong terima bantuan sekolah TAPEM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUYONG 16 Jun -Seramai 11 anak-anak Dewan Undangan Rakyat (DUN) menerima bantuan persekolahan bernilai RM200 daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Menerusi Facebook rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Noor Helmy Abdul Halem, jumlah penerima itu adalah baki penerima yang belum menerima bantuan tersebut manakala 78 lagi sudah menerima bantuan terbabit pada Feb lalu.

“Penerima ini dipilih oleh pihak sekolah rendah sendiri. Di peringkat JAPERUN (Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri), kami banyak menerima permohonan untuk pembelian baju sekolah diwaktu pertengahan tahun.

“Ianya bilamana anak-anak dilantik menjadi pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas koperasi dan pembimbing rakan sebaya, baju sekolah yang baru dibeli awal tahun perlu ditukar kerana warna baju untuk segala pengawas ini berbeza,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata bagi keluarga yang berkemampuan untuk membeli baju baharu tidak ada masalah, namun sekiranya penukaran baju sekolah kepada anak-anak yang mendapat jawatan, kebanyakan mereka terpaksa menolak jawatan itu kerana tidak mampu membeli pakaian baharu.

“Pada yang kurang mampu, pening juga kepala. Antara hajat anak dengan keadaan poket kosong.

“Jika ada masalah begini, maklumkan kepada kami. Jangan disuruh anak-anak menolak jawatan kerana ketidakmampuan untuk membeli pakaian pengawas.

Jangan dihampakan keseronokan anak-anak yang menerima jawatan di sekolah. Kita kongsi sama-sama kegembiraan anak ini, insya Allah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1348
Kongsi :
Previous post Uptown Simpang Walk sahut seruan Melaka Bebas Berniaga
Next post Penternak harap pembeli maklum harga haiwan korban naik
Ubah saiz-+=