Bina lebih banyak rumah untuk orang muda – Roslan

Masa Membaca:58 Saat

JASIN 8 November – Hasrat untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan muda antara keutamaan Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad bagi memastikan golongan itu memiliki rumah kediaman sendiri.

Beliau yakin perancangan itu mampu direalisasikan atas pengalamannya sebelum ini yang membuahkan hasil dengan mencadangkan pembinaan Rumah Sejahtera di Lipat Kajang pada tahun 2017.

Katanya biarpun projek itu tergendala seketika pada 2018 selepas kerajaan negeri bertukar kepimpinan, namun hari ini projek itu direalisasikan apabila seramai 50 penerima telah menerima surat tawaran rumah berkenaan.

“Saya ada beberapa perancangan khususnya membabitkan perumahan, perumahan mampu milik ini sebenarnya memang menjadi antara misi saya yang saya tawarkan kepada golongan muda.

“Sebab saya ada pengalaman, saya tahu bagaimana nk usahakannya, saya nak cari jalan untuk kita dapatkan projek-projek perumahan mampu milik khususnya untuk orang muda.

“Ini cerita untuk orang muda, saya buat ini kebanyakan misi saya menjurus kepada menyediakan keperlua orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran Rumah Sejahtera di Lipat Kajang di sini, semalam.

Penyerahan surat berkenaan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2422
Kongsi :
Previous post Tiga penghuni cedera, bumbung asrama Wisma Anak Yatim runtuh
Next post Masih boleh bayar secara tunai
Ubah saiz-+=