Masih boleh bayar secara tunai

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JASIN 9 November – Orang ramai yang berurusan di klinik kesihatan di Negeri Melaka boleh membuat pembayaran tunai atau menerusi secara dalam talian.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan membenarkan pembayaran dibuat secara tunai atau secara dalam talian itu bertujuan memudahkan urusan orang ramai khusus warga emas dan penduduk kampung.

“Ada dalam kalangan golongan berkenaan tidak mempunyai kemudahan mod e-pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet.

“Dua-dua kaedah pembayaran ini masih boleh di Negeri Melaka sehingga dimaklumkan kelak, memang ada pekeliling dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya bayar secara dalam talian, tetapi Melaka kita ambil pendekatan berbeza sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Bagi Program Rumah Sejahtera yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Lipat Kajang, di sini, semalam.

Sebelum ini KKM mengeluarkan satu pekeliling yang mana semua fasiliti milik kementerian itu akan menerima pembayaran tanpa tunai mulai Oktober lalu.

Pembayaran boleh dibuat menerusi mod e-pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet mulai 1 Oktober lalu, manakala pembayaran secara tunai hanya dibenarkan jika pelanggan tidak mempunyai akses sedemikian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1941
Kongsi :
Previous post Bina lebih banyak rumah untuk orang muda – Roslan
Next post Jaga kesihatan ketika kempen elak COVID-19 – Exco
Ubah saiz-+=