
BN, UMNO tetap sokong kerajaan sedia ada- Hishammuddin
KUALA LUMPUR 30 Julai – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada, kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau yang juga Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) berkata, beliau senada dengan pendirian BN dan UMNO yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
“Kita dalam BN dan UMNO telah membuat pendirian dan diumumkan oleh TPM semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19 di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Semalam, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata, lebih 110 Ahli Parlimen masih menyokong kerajaan sedia ada.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUKAN MELAKA 2026 PERTARUH 10 ACARA, PINGPONG DIPERKENALKAN
BANDARAYA MELAKA 23 Disember – Sukan pingpong dimasukkan sebagai acara baharu dalam Sukan Melaka 2026 bagi menambah variasi dan membuka...
MELAKA PERHEBAT AGENDA SUKAN, PERUNTUK RM10.9 JUTA PERKASA FASILITI
BANDARAYA MELAKA 23 Disember – Kerajaan Negeri komited memartabatkan agenda sukan sebagai satu gerakan rakyat yang mampu mengharumkan nama negeri...
SUKAN MELAKA 2025 CIPTA REKOD BAHARU
BANDARAYA MELAKA 23 Disember - Sukan Melaka 2025 mencatat rekod baharu dengan penyertaan lebih 15,600 peserta, jauh mengatasi pencapaian edisi...
2026, MPHTJ FOKUS PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA
BANDA HILIR 22 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menjadikan 2026 sebagai tahun untuk memberikan perkhidmatan terbaik...
SAMBUTAN JUBLI INTAN REJIMEN GERAK KHAS BAKAL CIPTA SEJARAH
AYER KEROH 22 Disember - Buat julung kalinya selepas enam dekad penubuhan pasukan komando elit tentera darat, Rejimen Gerak Khas...
TERLANGGAR KABEL ELEKTRIK, PEMANDU PARAMOTOR HANYA CEDERA RINGAN
DUYONG 22 Disember - Seorang pemandu paramotor cedera rungan apabila terjatuh ke dalam sawah selepas dipercayai melanggar kabel elektrik ketika...

