‘Bolehlah bantu baiki jaring’ – Nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

TANJUNG BIADARA 6 Disember – Insentif sara hidup ‘one-off’ fasa keempat yang diterima nelayan di Melaka memberi kelegaan sekali gus meringankan beban golongan itu yang tidak dapat turun ke laut tengkujuh ini.

Bagi nelayan Kampung Padang Kemunting, Abdul Rasit Rahmat, 37 dalam keadaan musim laut bergelora dan cuaca tidak menentu pada ketika ini, dia tidak mahu mengambil risiko untuk turun ke laut.

Bapa empat cahaya mata itu berkata, masa yang terluang digunakan sebaiknya untuk memperbaharui peralatan menangkap ikan yang rosak seperti jaring dan bot.

“Pendapatan nelayan tidak menentu dan bergantung kepada cuaca, jadi insentif yang diberikan kerajaan ini digunakan sebaiknya untuk membaiki peralatan yang rosak.

“Alhamdulillah, tahun ini tahun keempat saya menerima insentif sara hidup ini dan sekiranya dapat ditingkatkan pemberian insentif itu lebih baik kerana kos sara hidup semakin tinggi, kalau dahulu RM250 boleh dapat lima keping jaring, sekarang lebih kurang tiga keping sahaja,” katanya.

Whatsapp Image 2023 12 06 At 12.06.19 Daaa8306
Mohd Ali Bakar, 53

Perkara sama disuarakan Mohd Ali Bakar, 53 yang turut menggunakan insentif berkenaan bagi membaiki kelengkapannya yang rosak.

“Banyak peralatan memancing saya rosak akibat ribut dan terkena karang, jadi bolehlah bantu baiki apa yang rosak selain dapat menampung keperluan keluarga,” kata bapa tiga anak itu.

Bagi Othman Ibrahim, 67 pendapatan nelayan pada ketika ini tidak sama berbanding berpuluh tahun dahulu kerana pembangunan sedikit sebanyak merencatkan pendapatan golongan itu.

Meskipun begitu, katanya dengan inisiatif diambil Kerajaan Negeri sedikit sebanyak dapat membantu golongan sepertinya membaiki peralatan memancing.

“Setiap kali dapat RM250 itu, dapatlah membaiki jaring yang rosak dan kalau ada baki, digunakan untuk menampung keperluan keluarga.

“Pendapatan laut ini tidak menentu, kalau keluar memancing pun belum tentu ada ikan, jadi bantuan disalurkan itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan seperti kami,” katanya.

Whatsapp Image 2023 12 06 At 12.06.40 529ccbdc
Othman Ibrahim, 67

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1936
Kongsi :
Previous post UNIMEL laksana inisiatif ‘tarik’ minat pelajar sambung pengajian
Next post Kampung Digital: Alamat rumah lebih sistematik
Ubah saiz-+=