Bomba Melaka terima tujuh panggilan gegaran bangunan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 25 Dis – Sebanyak tujuh panggilan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka berhubung gegaran kuat yang berlaku pagi tadi.

Jurucakap bomba dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan yang diterima adalah membabitkan bangunan kerajaan dan kediaman bertingkat di daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima balai bomba terlibat ke lokasi kejadian membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh, BBP Padang Temu, BBP Bukit Katil dan BBP Jasin Bestari.

“Pada jam 9.07 pagi BBP Ayer Keroh telah melakukan pemantauan gegaran Bangunan SUK Jalan Bentara Seri Negeri.

“Seterusnya, pada jam 9.58 dan 10 pagi membabitkan pemantauan gegaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan Bangunan Hang Tuah Jaya oleh BBP Jasin Bestari dan BBP Padang Temu.

“Pada jam 10.05 hingga 10.24 pagi pula pemantauan gegaran dilakukan di Bangunan UiTM cawangan Melaka Tengah, Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Ayer Keroh dan Bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bukit Palah oleh BBP Melaka Tengah dan BBP Ayer Keroh,” kata kenyataan itu.

ANTARA lokasi pemantauan gegaran yang dijalankan JBPM Melaka.

Menurut JBPM Melaka selain bangunan kerajaan, terdapat satu panggilan diterima membabitkan kediaman penduduk iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel.

“Pemantauan gegaran di PPR Tehel telah dilakukan BBP Padang Temu pada jam 10.42 pagi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau keretakan bangunan direkodkan di kesemua lokasi,” kata kenyataan itu lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

755
Kongsi :
Previous post Nelayan Vietnam kena cekup, peralatan RM1.5j dirampas
Next post Lebih 700,000 kanak-kanak Malaysia telah divaksin
Ubah saiz-+=