Elak memancing, berada di tebing sungai

Masa Membaca:58 Saat

KLEBANG 18 Mei – Orang ramai khususnya kaki pancing dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan aktiviti di tebing Sungai Pulau Gadong dan Sungai Malim, dalam tempoh terdekat.

Ia berikutan insiden pertama membabitkan serangan buaya ke atas kambing ternakan di sungai berkenaan, Selasa lalu.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, walaupun kejadian itu tidak pernah berlaku ke atas manusia, namun aspek keselamatan perlu diambil perhatian.

“Nasihat saya kepada penduduk dan orang ramai termasuk kaki pancing untuk sentiasa berhati-hati dan elakkan daripada berada di tebing sungai untuk melakukan apa juga aktiviti.

“Pada masa sama, penternak juga diingatkan agar tidak melepaskan ternakan di tepi-tepi sungai kerana tindakan itu dikhuatiri akan menarik kehadiran spesies pemburu seperti buaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Pengarah Perhilitan Negeri Melaka Petra Sulai di sungai berkenaan, semalam.

Menurut Rais, penduduk setempat sememangnya sudah sedia maklum mengenai kehadiran ‘Sang Bedal’ di sungai berkenaan memandangkan ia sering berlegar-legar di sungai berkenaan.

Malah, ujarnya, Perhilitan Melaka juga telah memasang papan tanda mengenai kehadiran buaya sebagai amaran kepada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post Kutipan zakat Melaka RM66.9 juta setakat Mei – KM
Next post Pelajar USM teruja jumpa Ketua Menteri ‘sempoi’
Ubah saiz-+=