
Bomba selamatkan OKU warga emas terperangkap dalam banjir
BATU BERENDAM 15 November – Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan warga emas juga orang kurang upaya (OKU) terperangkap di kediamannya yang dinaiki air di Taman Thamby Chik Karim, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang juga Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Zahrul Azha Mokhtar berkata, lelaki berusia 73 tahun adalah pesakit terlantar akibat masalah angin ahmar.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi dan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika kami sampai kediaman warga emas itu dinaiki air setinggi 0.5 meter.
“Warga emas terbabit dipindahkan menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Japerun Melaka Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dalam kes berasingan pihaknya turut membantu memindahkan seorang kanak-kanak autisme dan ahli keluarganya ke PPS Japerun Melaka Baru.
Jelasnya, dalam operasi terbabit pihak bomba turut menggerakkan satu trak dan kenderaan pacuan empat roda.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: DISANGKA DEMAM BIASA, RUPANYA KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Disangka sekadar demam biasa, namun simptom menggigil kesejukan yang dialami rupa-rupanya petanda kepada penyakit kanser darah...
WRUR ASAHAN: KETUA MENTERI SANJUNG JASA PESARA POLIS
ASAHAN 8 April - Payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus...
DR AKMAL KEKAL EXCO MELAKA, PELETAKAN JAWATAN DITOLAK – AB RAUF
JASIN 8 April - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan beliau menolak peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad...
PEMBENIHAN AWAN DI MELAKA DALAM MASA TERDEKAT – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Melaka dijangka melaksanakan operasi pembenihan awan dalam masa terdekat sebagai langkah proaktif meningkatkan kadar hujan bagi...
WRUR ASAHAN: DOA KETUA MENTERI BERI SEMANGAT BILAL LAWAN KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Titipan doa daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagai memberi semangat baharu kepada...
EMPANGAN JUS MAMPU BERTAHAN HINGGA NOVEMBER – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Bekalan air di Empangan Jus dijangka mampu bertahan sehingga November ini sekiranya keadaan cuaca kering berterusan,...
