‘Bot cinta’ imbau kenangan awal perkahwinan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN RAMA 12 Dis- “Menaiki ‘bot cinta’ ini seakan mengimbau dan mengingat kembali awal perkahwinan saya satu ketika dahulu,” ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau terdahulu menaiki bot Everlasting Love Melaka River Cruise itu bersama isterinya Datin Seri Utama, Munira Yusop menyusuri Sungai Melaka selama hampir satu jam.

Menurut Sulaiman, pakej terbaharu yang diperkenalkan itu disifatkan cukup unik dan mampu menyuntik suasana romantik buat mana-mana pasangan untuk meraikan sambutan ulang tahun dan sebagainya.

“Pakej yang ditawarkan sangat menarik, berbaloi dan pelancong perlu merasai sendiri bersama pasangan untuk menikmati makan malam dalam suasana romantis melihat keindahan malam Sungai Melaka.

“Saya rasa seronok dan saya menyarankan kepada mereka yang baru berkahwin, atau yang ingin menyambut ulang tahun perkahwinan untuk memilih pakej ini kerana ia sangat privasi.

“Di dalam (bot) siap disediakan makanan, begitu juga dengan muzik yang dimainkan seiring dengan mood romantis, benar-benar mengimbau kenangan saya sewaktu awal perkahwinan lalu,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pakej Everlasting Love Melaka River Cruise, malam tadi.

SUASANA romantis dalam bot Everlasting Love Melaka River Cruise.

Dalam pada itu, Sulaiman percaya pakej tersebut akan mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai, baik dalam mahupun luar Melaka.

“Saya difahamkan, pakej itu juga boleh diubah suai mengikut permintaan. Tetapi minuman keras tidak akan disediakan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

690
Kongsi :
Previous post Harimau Malaya kencundang di tangan Vietnam
Next post Malaysia Space-X 2030 pacu pertumbuhan sektor angkasa
Ubah saiz-+=