Harimau Malaya kencundang di tangan Vietnam

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR 12 Dis –  Rentak kemenangan skuad Harimau Malaya akhirnya terhenti selepas dikecewakan Vietnam 3-0 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura malam ini.

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Nguyen Quang Hai pada minit ke-32) sebelum Nguyen Cong Phuong menggandakan jaringan enam minit selepas itu.

Bersambung di babak kedua, perlawanan tampak sedikit seimbang, namun pada minit-minit akhir permainan, gawang Malaysia dibolosi lagi hasil jaringan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-89.

Ia merupakan kekalahan pertama anak buah Tan Cheng Hoe dalam aksi Piala AFF 2020 selepas berjaya menundukkan Laos dan Kemboja pada dua aksi awal sebelum ini.

Kekalahan itu juga menyekat impian skuad kebangsaan menempah tiket ke separuh akhir lebih awal pada edisi kali ini.

Selepas ini, pasukan negara dijadual menentang musuh tradisi, Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan, 19 Dis ini.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Mohd Saad (Muhammad Ariff Farhan Md Isa), Muhammad Syahmi Safari, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kapten) (Dominic Tan), Baddrol Bakhtiar, Muhammad Safawi Rasid, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (M Kogileswaran), Mohd Rizal Mohd Ghazali, Luqman Hakim Shamsudin (Guilherme De Paula), Muhammad Syafiq Ahmad (Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi).

VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Do Duy Manh, Que Ngoc Hai (kapten), Nguyen Phong Hong Duy (Ho Tan Tai), Nguyen Cong Phuong (Nguyen Tien Linh), Nguyen Tuan Anh, Nguyen Hoang Duc, Nguyen Thanh Chung, Vu Van Thanh, Nguyen Quang Hai (Nguyen Van Toan), Phan Van Duc (Luong Xuan Truong).

Pengadil: Ahmad Faisal Mohammad Al Ali (JOR)

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1389
Kongsi :
Previous post Jabatan Penjara perjelas isu banduan cuci kereta anggota
Next post ‘Bot cinta’ imbau kenangan awal perkahwinan – KM
Ubah saiz-+=