
BOT PENUMPANG LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN
PANTAI KUNDOR 21 Januari – Sebuah bot penumpang yang membawa orang memancing ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan berhampiran Tanjung Kling di sini, semalam.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata bot berkenaan yang ketika itu membawa orang memancing ditahan pada rondaan rutin anggota penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sembilan kira-kira 1.3 batu nautika dari barat daya Tanjung Kling pada jam 6 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen apabila enjin digunakan bot berkenaan tidak sepadan.
“Enjin yang digunakan jenama berbeza daripada jenama yang direkodkan dalam lesen bot terbabit.
“Berikutan itu, bot tersebut bersama jurumudinya, seorang lelaki berusia 34 ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Maritim Malaysia dalam kenyataan itu turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini bagi memastikan keselamatan penumpang dan pematuhan undang-undang di perairan negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BESAR MAKNA SUMBANGAN KELENGKAPAN SEKOLAH UNTUK IBU BAPA
AYER KEROH 7 Januari - Pemberian bantuan persekolahan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada keluarga kurang berkemampuan memberi kelegaan...
AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL BAWA IMPAK POSITIF UNTUK MELAKA
AYER KEROH 7 Januari - Program AI Awareness Rakyat Digital dijangka memberi impak positif dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman...
PERZIM SASAR 700,000 KUNJUNGI MUZIUM MELAKA TAHUN INI
AYER KEROH 7 Januari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mencatat perkembangan positif apabila jumlah pelawat ke muzium-muzium di bawah seliaannya...
MBMB SEKALI LAGI LAKAR SEJARAH, TERIMA ANUGERAH BANDAR PELANCONGAN BERSIH ASEAN
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus melakar pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan 'ASEAN Clean Tourist City...
MBMB PANTAU PANTAI KLEBANG, ELAK ‘ULAT PARKIR’ BERLELUASA
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan tiada bayaran parkir dikenakan kepada pengunjung di kawasan pelancongan...
MAIM SALUR RM148.4 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI MELAKA
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengagihkan sejumlah RM148.4 juta untuk membantu golongan asnaf di...
