Sorting by

×

‘Buang sampah di tempat sepatutnya’

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KOTA LAKSAMANA 15 Oktober – Program Gotong-royong Perdana Sungai Melaka Fasa ll sejauh 5.2 kilometer memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai di negeri ini.

Peserta, Nurul Afiqah Adila Zakaria,29, berkata, program itu bukan hanya memberi kesedaran, malah mengingatkan orang ramai supaya membuang sampah di tempat yang betul.

“Inisiatif ini sangat baik kerana dapat menghimpunkan semua kakitangan daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri.

“Biarpun peserta dipecahkan kepada beberapa zon berbeza untuk mengutip sampah, tetapi semua bekerjasama membantu mencantikkan kawasan Sungai Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

78f35c0f-05de-42d3-8014-60f191f67f28
JAAFAR

Bagi Jaafar Ishak,56, program berkenaan bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membuat persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Alhamdulillah, gotong-royong ini sangat seronok kerana kita berusaha untuk mengindahkan kawasan pelancongan di negeri ini.

“Sebagai anak tempatan negeri Melaka, saya berbangga turut terlibat dalam program ini.

“Justeru itu, nasihat saya kepada generasi muda sentiasa lah jadikan kebersihan itu sebagai amalan dalam kehidupan, ia penting untuk masa hadapan,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah melancarkan program berkenaan yang dihadiri seramai 1,200 peserta.

Program gotong-royong itu bermula di Taman Rempah hingga Pintu Kawalan Air Batu Hampar dan dibahagikan kepada lapan zon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1038
Kongsi :
Previous post Pavilion Dataran Pahlawan promosi produk tempatan
Next post Bayi dua bulan maut: Taska tidak berdaftar, JKM sita premis
Ubah saiz-+=