
BUAT AKSI DRIFT DI LEBUH RAYA, PEMPENGARUH TIKTOK DIREMAN DUA HARI
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pempengaruh berumur 20-an itu merupakan satu-satunya pemandu kereta ditahan semasa melakukan aksi ‘drift’ di jalan raya, manakala 14 lagi lagi ditahan kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.
“Enam daripada 14 penunggang yang ditahan berumur 12 hingga 17 tahun dengan tiga daripadanya masih bersekolah, manakala sembilan lagi individu berumur 18 hingga 25 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam Bernama melaporkan polis menahan 15 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan dalam operasi itu, di samping turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta untuk siasatan lanjut. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PERLUAS JARINGAN KESIHATAN KE SUMATERA BARAT
AYER KEROH 18 Ogos - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka memperkukuh jaringan kesihatan rentas sempadan dengan Sumatera Barat, Indonesia menerusi...
POLYCCSKILLS 2026: PMM WARRIORS RAIH EMPAT PINGAT
MERLIMAU 18 Ogos - Pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya membawa pulang empat pingat selepas memberikan saingan terbaik dalam tujuh...
OMSMC PERKUKUH KEMAHIRAN GP KESAN ‘RED FLAGS’ PESAKIT
KLEBANG 18 Ogos - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkukuh kemahiran pengamal perubatan am (GP) dalam mengenal pasti tanda...
WRUR TABOH NANING: SEMBILAN HARI BERSAMA RAKYAT
TABOH NANING 18 Ogos - Sebanyak 49 program disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
CIPTA APLIKASI BAHASA INGGERIS, MURID PPKI RANGKUL GELARAN JOHAN
AYER KEROH 18 Ogos - Kesukaran menguasai Bahasa Inggeris mendorong murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya...

