
Bubur lambuk perkasa konsep kongsi rezeki
DUYONG 6 April – Bagi mengimarahkan bulan Ramadan pelbagai aktiviti dilakukan penduduk setempat antaranya pengagihan bubur lambuk dalam kalangan komuniti setempat.
Tidak ketinggalan Persatuan Komuniti Taman Desa Duyong, yang mengadakan aktiviti gotong royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada Ramadan ketiga, 5 April lalu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, program bersama komuniti seperti itu perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah mengeratkan hubungan silaturahim.
“Saya bersama dengan Penghulu Dun Duyong Izmeer Rahmad meluangkan masa mengagihkan bubur lambur kepada penduduk. Semoga program sebegini diteruskan lagi.
“Ianya bukan sahaja gotong-royong untuk berkongsi rezeki tetapi penduduk juga dapat mengeratkan silaturahim apabila dapat berjumpa serta bertegur sapa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
