
Budak lelaki empat tahun lemas jatuh sungai
IPOH 15 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Ulu Piah, Tambun di sini dipercayai ketika sedang berkelah bersama neneknya pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Issauf Mohd Ghazali tiba bersama nenek dan abangnya berusia enam tahun sebelum terjatuh ke dalam sungai itu ketika neneknya sedang menyediakan makanan sementara menunggu ibu saudara dan bapa saudaranya tiba.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.49 pagi.
“Semasa jentera dalam perjalanan ke tempat kejadian, pusat gerakan operasi telah menerima panggilan yang memaklumkan mangsa lemas telah ditemukan pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...

