Bukit Gapis terus dibangunkan sebagai lokasi pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

ASAHAN 29 Feb – Bukit Gapis akan terus dimajukan sebagai kawasan tumpuan rekreasi sekali gus membuka lokasi pelancongan baharu di Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, pelbagai pelan pembangunan kini sedang dinilai pihak terlibat bagi membangunkan kawasan yang dikenali sebagai Gunung Melaka itu.

Katanya, kawasan yang merupakan puncak tertinggi di Melaka akan terus diperkenalkan dengan pelbagai tarikan baharu sekali gus mampu menarik pelancong dan peminat sukan ektrems terutama pendaki di kawasan berkenaan.

FAIRUL Nizam (dua dari kiri) menyertai Program ke PUNCAK bersama Along.

Jelasnya, setakat ini menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka permohonan bagi membangunkan semula Jeram Tok Janggut yang terletak di kawasan itu sedang dinilai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Kita telah ada pelan perancangan itu dan kini berada di peringkat MOTAC malah kita pun akan merancang untuk membina satu trek bagi sukan lasak iaitu kenderaan semua rupa bumi (ATV) ke puncak Bukit Gapis.

“Untuk itu kita akan minta sokangan Jabatan Perhutanan dan malim gunung untuk kita kenal pasti trek yang sesuai di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, kira-kira 60 peserta terdiri dari penduduk jati kawasan berkenaan telah mengikuti kembara pendakian puncak tertinggi di Melaka itu menerusi Program ke PUNCAK bersama Along.

Program diadakan di Kampung Mantai kali ini disertai oleh pelbagai golongan peringkat umur termasuk wanita dan warga emas telah dibantu 10 malim gunung terlibat.

MHI turut tidak terlepas dalam menyertai pendakian selama kira-kira dua jam itu membabitkan lebih 3 kilometer sebelum tiba ke bukit setinggi 486 meter dari aras laut tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1598
Kongsi :
Previous post Kadar kematian pesakit tanpa vaksin lebih tinggi berbanding penerima vaksin
Next post BATC 2022: Skuad lelaki akhiri dominasi Indonesia sebagai juara Asia
Ubah saiz-+=