
Bunuh kawan: Penganggur berdepan hukuman mati
ALOR GAJAH 6 Okt. – Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya dalam kejadian bulan lalu.
Tertuduh, A.S Sitambarasan hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Nurhasmanita Abdul Manap.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas telah mencapai niat bersama melakukan bunuh ke atas Sua Chun Chai, 31.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh dihadapan sebuah bengkel kenderaan di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pulau Sebang di sini, antara 14 hingga 17 September lalu.
Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.R Arthana, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia.
Views:
Related


Berita Lain
HAS2026: DIDIK MASYARAKAT HARGAI AIR
BANDARAYA MELAKA 22 April - Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Dataran Tanjung Bidara pada 24 dan...
‘TANGAN EMAS’ ANAK MELAKA HARUMKAN NAMA NEGARA
BANDA HILIR 22 APRIL - Kemahiran bermain jarum dan benang mengangkat nama Nadratulliyana Ab Malek, 22, di persada antarabangsa apabila...
30 INSTITUSI TVET ‘SEBUMBUNG’ PERKUKUH PEMBANGUNAN BAKAT MELAKA
BANDA HILIR 22 April - Kira-kira 30 institusi termasuk agensi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjaya diselaraskan dalam...
HAS2026: DUA MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
AYER KEROH 22 April - Dua unit motosikal antara hadiah utama cabutan bertuah sempena sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026)...
CERAHKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK PPKI DALAM BIDANG PASTRI
AYER KEROH 22 April - Kerajaan Negeri menyeru lebih banyak syarikat atau pengusaha pastri di negeri ini untuk membuka pintu...
BATANG MELAKA ADA BOMBA SUKARELA
ASAHAN 22 April - Pasukan Bomba Sukarela Batang Melaka bakal kembali menabur bakti buat penduduk Dewan Udangan Negeri (DUN) Asahan,...
