Butik Rakyat Rahmah wajar jadi contoh di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 15 April – Penganjuran Butik Rakyat Rahmah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang Besar wajar diperluas dan dijadikan contoh di negara ini.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berkata, ia berikutan inisiatif menyalurkan pakaian raya secara percuma kepada golongan B40 itu dengan hasrat kerajaan membantu rakyat terkesan.

Katanya, inisiatif berkenaan turut menerima reaksi positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibarahim.

“Pelaksanaan inisiatif Butik Rakyat Rahmah ini bukan hanya di Melaka, malah ia boleh diperluas di Johor, Selangor dan sebagainya.

“Saya percaya ia merupakan inisiatif yang baik, cuma manfaatnya perlu lebih diuar-uarkan supaya lebih ramai penyumbang atau dermawan tampil untuk terlibat dalam program berbentuk tanggungjawab sosial korporat seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Butik Rakyat Rahmah 4.0 dan melancarkan Briged Belia Madani di RUTC Klebang Besar, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak tidak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil inisiatif seumpama Butik Rakyat Rahmah bagi bersama-sama Kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Mohd Yusof memaklumkan, sejak bermula awal Ramadan lalu, sebanyak 25,000 pakaian telah diambil pengunjung yang datang.

Katanya, pengunjung yang hadir untuk mendapatkan pakaian di butik berkenaan bukan sahaja dari Negeri Melaka, bahkan turut melibatkan negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

Untuk rekod, Butik Rakyat Rahmah 4.0 yang beroperasi di Klebang Besar telah bermula sejak empat tahun lalu setiap kali tibanya Ramadan.

Inisiatif itu diwujud bagi mengagihkan pakai terpakai berkualiti tinggi kepada golongan B40 yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1311
Kongsi :
Previous post Wajah Malaysia yang berjaya
Next post Fazil Group tubuh Yayasan Nur Kasih, perhebat program kebajikan
Ubah saiz-+=