Cabutan Undi Perdana JKR tawar 43 kerja penyelenggaran Marris

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 30 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menghadiri Majlis Cabutan Undi Perdana Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka di Dewan Sri Ismael, JKR Melaka hari ini.

Menurut Sulaiman, cabutan undi itu buat julung kalinya diadakan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi JKR Melaka secara atas talian.

Katanya, inisiatif jabatan itu seiring dengan arahan kerajaan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik COVID-19.

“Menerusi cabutan perdana itu, sebanyak 43 kerja penyelenggaran jalan negeri di bawah pengelenggaran di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) ditawarkan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

“Ia melibatkan agihan kerja sebanyak 13 bilangan kerja di daerah Melaka Tengah, 12 di Daerah Jasin dan 18 di daerah Alor Gajah.

“Saya difahamkan pemenang cabutan undi ini adalah bagi projek-projek penyelenggaraan infrastruktur, seperti jalan dan longkang,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Pengarah JKR negeri, Datuk Ir. Ismail Abd. Rahman.

Mengulas lanjut, beliau berkata cabutan undi perdana juga selari dengan Melaka Key Result Area ke-2 yang terangkum di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) iaitu Kelestarian Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Inisiatif itu bertujuan menyediakan kemudahan awam yang lengkap seperti jaringan jalan raya yang mampan dan sebagainya sebagai usaha mencapai visi dan misi Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1165
Kongsi :
Previous post Warong Rider atasi kesesakan di Bazar Ramadan – Sulaiman
Next post Selenggara kolam takungan air antara usaha atasi banjir kilat – KM
Ubah saiz-+=