Selenggara kolam takungan air antara usaha atasi banjir kilat – KM

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 30 Mac – Kerajaan negeri meneruskan beberapa kaedah bagi mengatasi kejadian banjir kilat daripada berulang rentetan kejadian banjir kilat di sekitar Bandaraya Melaka, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia termasuk memantau serta menyelenggara semua kolam takungan air di taman perumahan, khususnya di kawasan berisiko banjir kilat terutama di kawasan bandar serta pinggir bandar.

Menurutnya, pihaknya akan mengambil perhatian bagi tindakan selanjutnya sejajar dengan sasaran Melaka Bebas Banjir yang diketengahkan sebelum ini.

“Ada beberapa solusi yang sedang dalam kajian dan pelaksanaan. Insya-Allah (kita akan laksanakan segera). Ini (bencana banjir) kuasa Allah, jadi kita tidak boleh menghalangnya, tetapi ada kaedah untuk mengatasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Warong Rider di bawah Program Warong di Seri Negeri, di sini hari ini.

Awal pagi semalam Melaka dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan beberapa jam hingga mengakibatkan beberapa kawasan di Daerah Melaka Tengah dinaiki air.

Hujan berterusan lebih tiga jam itu menyebabkan beberapa laluan termasuk di Jalan Cheng dan Malim, di Bandaraya Melaka di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post Cabutan Undi Perdana JKR tawar 43 kerja penyelenggaran Marris
Next post Contohi pegawai polis berpengalaman – Ketua Polis
Ubah saiz-+=