Cadang ‘ngoca’ sebagai acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MACHAP JAYA 7 Mei – Tradisi menangkap ikan secara beramai-ramai dengan menggunakan tangan atau mesra dipanggil ngoca perlu dijadikan acara tahunan di kampung, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Katanya, aktiviti tersebut dilihat mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk tanpa mengira bangsa dan peringkat umur di sesebuah kawasan.

Jelasnya selain mengimbau nostalgia di kampung, aktiviti itu mampu mengumpulkan lebih banyak hasil tangkapan ikan untuk dikongsikan kepada komuniti setempat.

“Sepanjang berkhidmat, ini kali pertama saya merasmikan dan merasai sendiri pengalaman mengoca yang sangat baik bagi mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum.

“Saya berharap acara ini perlu diteruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pada setiap tahun agar tradisi ini tidak berakhir di sini,” katanya.

254028FF-C73D-46D5-9A72-03E81867AA40
Kira-kira 200 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti mengoca di Kampung Kuala Sungga, Selandar. Foto Aufa ‘Izzati

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Ngoca dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kuala Sungga di sini, hari ini.

Program ini merupakan anjuran bagi pertama kali dibuat oleh JPKK Kuala Sungga dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tebong yang disertai kira-kira 200 orang penduduk kampung berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7181
Kongsi :
Previous post 18 atlet Melaka ke Sukan SEA Kemboja
Next post Meriah aktiviti ‘mengoca’ di Aidilfitri
Ubah saiz-+=