
18 atlet Melaka ke Sukan SEA Kemboja
GADEK 7 Mei – Seramai 18 atlet Melaka menyertai Sukan SEA 2023 di Kemboja yang sedang berlangsung bermula 5 hingga 17 Mei ini.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, penyertaan semua atlet itu dalam temasya sukan dwitahunan kali ke-32 itu mewakili sukan wushu.
“Saya mengharapkan atlet negara dapat membawa pulang emas seberapa banyak yang boleh seperti yang direncanakan untuk mengharumkan nama negara sekali gus gah kan nama Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di Dataran Satelit Pulau Sebang di sini hari ini.
Saingan wushu di Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung dari 10 sehingga 12 Mei ini menawarkan keseluruhan 20 pingat emas masing-masing 14 dari taolu manakala enam dalam kategori sanda.
Malaysia menyasarkan satu pingat emas dengan harapan diletakkan ke atas juara dunia Wong Weng Son dalam disiplin taolu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
