Calon muda tidak semestinya fokus isu orang muda – Mohd ridhwan

AYER MOLEK 6 November – Kebajikan masyarakat setempat serta penambahbaikan infrastruktur menjadi antara fokus utama dititikberatkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Beliau berkata, meskipun dirinya antara calon muda Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Hang Tuah Jaya, ia bukan halangan untuk mendekati masyarakat pelbagai lapisan umur kerana matlamat yang menjadi keutamaannya adalah menambahbaik kelangsungan hidup rakyat tidak mengira usia.

Beliau berkata setakat dua hari menjadi calon BN bagi parlimen itu, rata-rata penduduk di kawasan itu mahu penambahbaikan dari segi kebajikan dan infrastruktur terus diberikan keutamaan.

“Memang kalau ikutkan data yang ada pengundi muda ini merangkumi lebih 50 peratus dan ada sebahagian lagi berusia lebih 40 tahun, spektrum untuk parlimen ini ada pelbagai daripada pemuda sampai warga emas.

“Dalam tempoh dua hari saya bergerak, kebanyakkannya melibatkan isu kebajikan dan infrastruktur yang ada dalam kawasan mereka.

“Isu-isu ini ada sebahagian berkaitan dengan peringkat persekutuan, jadi melalui suara yang ada ini mereka harap isu-isu ini dapat dipercepatkan prosesnya,” katanya.

photo1667719206
Calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya (P.137), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (tengah) mengadakan sidang akhbar pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia di Japerun Ayer Molek, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Program Keluarga Malaysia di Japerun Ayer Molek di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman.

Ujarnya percaya kepimpinan muda yang ada mampu bekerja lebih pantas dengan idea baharu yang akan diketengahkan.

“Saya percaya kepimpinan yang kedepan ini sebenarnya tenaga dan idea mereka lebih pantas dalam membuat kerja.

“Dari segi penganjuran program dan perhatian saya tidak hanya fokus usia yang sebaya dengan saya, tetapi boleh memahami semua hasrat orang yang lebih berusia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Previous post Rumah terbakar, mujur semua selamat
Next post Dua remaja lelaki maut motosikal bertembung