Capai KPI atau tamat perkhidmatan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 11 Feb – Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) kurang 50 peratus bagi tempoh tiga bulan berturut-turut atau tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata tindakan itu termasuklah penahanan elaun bulanan dan dicadangkan untuk menamatkan perkhidmatan.

Sehubungan itu katanya, PBT perlu melakukan penambahbaikan dan penilaian terhadap ahli majlis tahun ini bagi mencapai prestasi menerusi indikator ditetapkan.

“Setiap ahli majlis perlu memainkan peranan penting (untuk mencapai) KPI ini bagi memantau gerak kerja mereka yang telah dilaksanakan melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) ahli majlis PBT negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT di Hotel Swiss Garden, hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Zaidi Attan; Exco Badan Bukan Kerajaan V P Shanmugam dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya perkhidmatan ahli majlis perlu diperkasakan berdasarkan aktiviti harian seperti
kehadiran mesyuarat, penganjuran program kebersihan dan aktiviti gotong-royong di kawasan
PBT.

“Justeru, semua ahli majlis PBT disarankan untuk mengambil perhatian sewajarnya atas perkara
tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

885
Kongsi :
Previous post Sulaiman saksi angkat sumpah PBT Melaka
Next post Atlet taekwando UTeM dinobat olahragawan Masum 2019
Ubah saiz-+=