Sulaiman saksi angkat sumpah PBT Melaka

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 11 Feb – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, hadir menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sebuah hotel, di sini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 8.30 pagi itu disambut Exco Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Zaidi Attan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong dan lain-lain kenamaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Amanat Ketua Menteri Melaka disusuli dengan upacara angkat sumpah pelantikan Datuk Bandar serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka.

Angkat sumpah itu dimulakan dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Zainal Abu, disusuli Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hasan.

Ia diikuti angkat sumpah oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.

Selepas mengangkat sumpah, kesemua mereka menandatangani dokumen angkat sumpah pelantikan yang disaksikan Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan upacara angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis membabitkan keempat-keempat PBT di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1150
Kongsi :
Previous post Kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia akan diperbaharui – Annuar
Next post Capai KPI atau tamat perkhidmatan – KM
Ubah saiz-+=