
Chong Wei belum ada niat jadi jurulatih
KUALA LUMPUR, 8 April – Menceburkan diri dalam dunia kejurulatihan bukan pilihan buat bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei ketika ini.
Pemenang pingat perak tiga Sukan Olimpik itu mengakui beberapa pihak berminat mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih namun beliau belum berhasrat melangkah ke bidang tersebut.
Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu juga berkata beliau mahu terus berada di negara ini bagi menikmati kemeriahan bazar Ramadan dan rumah terbuka Aidilfitri.
“Memang benar Chong Wei dapat tawaran, sudah pasti Chong Wei masih cintakan sukan badminton tetapi pada masa sekarang, Chong Wei tidak berniat untuk menjadi jurulatih.
“Chong Wei akan terus lepak di Malaysia, layan bazar Ramadan dan tunggu jemputan rumah terbuka raya (Aidilfitri),” kata juara All England empat kali itu dalam hantaran terbaru di laman Instagram rasminya malam ini.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Chong Wei menerima tawaran sebagai jurulatih dari beberapa negara Asia malah bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, yang juga legenda badminton negara, turut memberikan sokongan.
Pada Jun 2019, Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...

